USTAZ KPOP – BAB 4

Waktu-waktu petang macam ni seperti biasa aku memang suka berada di hadapan rumah sambil bertemankan udara petang dan bunyi suara anak-anak jiran yang sedang bermain di halaman rumah masing-masing..

Tidak tahu hendak berbuat apa, aku mencapai wayar getah dan mula membuka paip air untuk menyiram pokok-pokok bunga serta tanaman yang lain. Wah, agak rajin aku pada petang ini. Pada kebiasaannya, aku paling tidak suka membuat kerja-kerja rumah apabila mak yang memberi arahan..

Aku lebih suka menjalankan tugas mengemas atau membersihkan halaman rumah apabila aku sendiri yang terasa nak buat. Tidak perlu di suruh-suruh kerana aku memang tidak suka menerima arahan daripada sesiapa pun termasuk mak. Ish, teruk juga sikap aku ni..

“Assalamualaikum Ina..”

Terperanjat aku. Adoi dia ni. Nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tak, mahunya aku pengsan kat sini jugak. Abang Firdaus, tiba-tiba aje bagi salam. Entah dari mana dia muncul tiba-tiba pulak mukanya terjojol depan aku..

Nasib baik hensem, kalau tak, tentu aku dah siramkan dia dengan air paip yang sedang memancut keluar dari wayar getah ni. Hahaha..

“Waalaikumussalam..”

Salam yang di beri aku jawab tanpa sedikit pun aku pandang pada muka dia. Bukannya aku tak suka dia datang hendak berborak, tapi sejak akhir-akhir ini aku sering merasa rendah diri apabila berhadapan dengannya..

“Buat apa tu?”

Haih.. Dah nampak aku siram pokok bunga, masih nak tanya lagi ke? Rabunlah tu..

“Siram pokok bunga. Mak yang suruh..”

Uik? Entah bila pula Che Pah yang suruh? Aku sendiri yang tiba-tiba saja jadi ringan tulang pada petang ini..

Apabila bersuara, aku langsung tak pandang muka dia. Kalau aku pandang lama-lama, mesti dia nak berborak panjang dan akan terkeluarlah segala hadis Nabi, firman-firman Allah yang seringkali membuatkan aku merasa rendah diri. Abang Firdaus ilmu agamanya banyak, bukannya seperti aku yang serba-serbinya cetek pemikiran dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam..

“Rajin Ina.. Tapi, kenapa muka Ina moyok aje? Macam tak suka je abang tegur?”

Eh, dia macam tahu-tahu pulak. Bukannya tak suka tapi segan. Segan nak berbual dengan dia. Segan nak tengok muka dia..

“Hari ni tak ada mood..”

Uik? Aku menipu..

“Ina marahkan abang ke?”

Hah sudah.. Ada pulak dia fikir aku marahkan dia?? Tak logik betul..

“Nak marah pasal apa pulak?”

Aku menyoal pendek. Mata masih lagi belum melihat ke arahnya. Hanya pada pokok-pokok bunga saja tumpuan di beri..

“Pasal hal semalam. Abang minta maaflah kalau Ina tak senang dengan cara abang..”

Nampaknya abang Firdaus pandai meneka dan mengagak. Pandai dia baca isi hati aku. Baguslah, tak perlu aku nak terangkan panjang lebar..

“Ish, taklah. Takkan perkara-perkara baik macam tu pun Ina nak marah..”

Memang aku tak marah. Cuma aku rasa rendah diri dan tak tahu nak sambung perbualan tentang hal-hal agama, tentang hukum hakam. Bukan dalam bidang aku, tapi sekarang ini aku perlahan-lahan sedang belajar..

“Kalau bukan marah, tentu Ina bosan. Manalah tahu, kalau hari-hari Ina kena dengar abang cakap pasal agama. Remaja sekarang ni, bukannya mereka suka nak dengar perkara yang baik-baik. Mereka cepat rasa bosan. Tapi Ina jangan fikir yang bukan-bukan, abang tak anggap Ina jenis remaja yang macam tu sebab abang tahu, Ina ada keinginan untuk belajar..”

Haaa.. Tahu pun dia. Alahai, kesian pulak aku tengok ustaz k-pop ni. Macam bersungguh-sungguh benar mahu mendorong dan memberi nasihat kepada aku. Tapi tak mengapa, memang aku boleh terima. Tidak ada masalah..

“Eh, taklah. Benda baik, takkanlah Ina nak rasa bosan. Ina cuma rasa rendah diri je bila abang mula cakap perkara-perkara macam tu. Ina ni tak mcam abang. Ina sekolah tak tinggi, setakat spm aje, apa sangatlah yang Ina tahu. Abang lepasan Diploma, Pengajian Islam pulak tu. Mesti abang tahu banyak selok-belok pasal agama..”

Nah.. Panjang lebar jugak aku berkata-kata sambil terdetik perasaan bangga dalam hati konon-kononnya..

“Apa la Ina cakap macam tu. Orang yang berilmu tidak semestinya dia beramal dan orang yang beramal, tidak semestinya dia berilmu. Walaupun Ina kata, Ina tak cukup ilmu pasal agama, Ina sekolah tak tinggi, setakat spm, tapi Ina boleh belajar kan? Macam apa yang Ina buat sekarang. Walaupun dah dua kali khatam Al-Quran, tapi Ina masih berusaha untuk betulkan bacaan, betulkan sebutan..”

Abang Firdaus bersuara dengan nada bersungguh-sungguh. Aku bersedia untuk mendengar dia mengeluarkan hadis-hadis tertentu. Tunggu sajalah sekejap lagi..

“Ina tahu tak menuntut ilmu itu merupakan satu jihad? Rasulullah saw bersabda…..”

Pandai aku teka, memang dia akan mula mengeluarkan apa-apa hadis untuk menguatkan lagi segala percakapannya. Tak mengapalah, benda elok. Berdosa kalau aku tak suka nak dengar..

Aku menunggu abang Firdaus berbicara sambil menundukkan muka. Rasa segan dan perasaan rendah diri mula menjalar..

“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berjuang fisabilillah sehingga dia kembali..”

(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)

Suasana sunyi seketika sementara aku pula hanya memasang telinga dari radi. Tak tahu nak kata apa dan tak tahu nak menyampuk apa. Tersilap sampuk, aku yang termalu sendiri..

“Ina..”

Dia memanggil. Mungkin dia perasan kenapa aku hanya berdiam diri..

“Ye..”

Aku menjawab dan cepat-cepat mengangkat muka. Wajah bersihnya ku pandang, rasa tergamam seketika. Tak tahu kenapa. Satu saat, dua saat, tiga saat, empat saat, lima saat. Tiba-tiba abang Firdaus menjentikkan tangannya betul-betul depan mata aku. Hah sudah.. Aku berkhayal rupanya! Adoi.. Buat malu aje..

“Ina kenapa??”

Dia mula menyoal. Dahinya berlapis-lapis. Dia memandang aku dengan pelik..

“Errr.. Ina sebenarnya tak tahu nak cakap apa. Tak reti nak menyampuk apa yang abang dah kata..”

Aku menggaru-garu kepala sambil tersengih. Sedikit rasa malu apabila abang Firdaus perasan aku sedang berkhayal sebentar tadi..

“Bukan abang yang kata, abang hanya menyampaikan..”

Erk.. Terkena lagi aku. Teruklah kalau hari-hari aku kena macam ni. Mahunya setebal kamus Dewan Bahasa aku dapat ilmu free daripada abang Firdaus..

Aku tersenyum sambil mengangkat kening. Abang Firdaus masih lagi setia berdiri di sebelah pagar halaman rumahnya sementara kami berdua terdengar pula pekikan dan suara lantang dari dalam rumah. Hah.. Itu suara Che Pah yang sedang menghalau ayam!

“Syohhhhh!! Syohhhhh!! Oooiii Zaharah! Ayam kau ni dah masuk rumah aku! Habis berak dalam rumah! Ambil balik ayam kau ni Zaharah oooiii…..!!!!!”

Apabila mendengar suara mak dari dalam rumah, aku segera menutup air paip sambil menutup sebelah telinga. Aku pandang pada wajah abang Firdaus, lagaknya hanya biasa-biasa saja apabila mendengar suara mak yang sedang bising-bising menghalau ayam kepunyaan ibunya makcik Zaharah..

“Apa yang kau memekik ni Che Pah ooooiii..!! Mana ada ayam aku masuk dalam rumah kau..!!!!!”

Tiba-tiba saja makcik Zaharah keluar dari dalam rumah sambil bercekak pinggang dan menyinsing lengan baju sehingga ke paras siku..

“Hah ni dia! Bukan ayam kau ke ni hah?? Nah! Ambil balik..!”

Mak keluar sambil memegang seekor ayam betina. Aku membulatkan mata dan mulut pula sedikit ternganga tetapi dalam hati sudah tidak merasa hairan dengan keadaan kecoh begini kerana aku sudah biasa. Begitu juga dengan abang Firdaus yang sudah lali dengan pergaduhan yang tercetus akibat dari perkara yang remeh-temeh seperti ini..

Kalau bukan Che Pah yang mulakan pergaduhan, pasti makcik Zaharah yang akan mulakan dulu. Boleh di katakan, hampir setiap hari mereka berdua bergaduh tanpa menghiraukan jiran sekeliling..

Mak mengangkat ayam yang di pegangnya tinggi-tinggi, kemudian dia menghayunkan ayam tersebut ke arah makcik Zaharah sehingga ayam itu terbang betul-betul di atas kepala abang Firdaus..

Apabila ayam itu terbang ke udara dan belum sempat mendarat ke tanah, ayam tersebut telah mengeluarkan ‘sisa-sisa’ toksiknya  betul-betul di atas bahu abang Firdaus! Alamak..

“Errr.. Firdaus.. Errr.. Che Pah, errr.. Che Pah minta maaf ya nak.. Che Pah tak sengaja..”

Mak mendekati pagar sementara aku pula hanya mampu menggigit jari. Abang Firdaus yang lengkap berpakaian hendak ke surau, sedikit tercengang dengan apa yang berlaku tetapi dia nampaknya tidak melatah atau marah-marah..

“Kau ni Pah, betul-betul menyusahkan orang! Kau tengok sekarang apa yang kau dah buat dengan pakaian anak aku ni hah?? Dah elok-elok dia berpakaian bersih nak ke surau macam ni, kau baling pulak ayam tu tadi kat atas kepala dia?? Kau ni dah betul-betul melampau la pah..!!”

Makcik Zaharah juga mendekati pagar yang memisahkan sempadan di antara rumah kami. Wajahnya betul-betul menunjukkan kemarahan pada mak..

“Hei Zaharah! Aku tak sengaja tahu tak?? Kau jangan nak melebih-lebih pulak! Si Firdaus tu tak apa-apa, kau pulak yang nak marah-marah ni kenapa??!”

Mak juga nampaknya seperti tidak mahu mengalah. Sepasang matanya di jegilkan pada makcik Zaharah..

“Memanglah aku marah! Firdaus ni anak aku! Bukannya anak kau! Cuba kalau si Amalina tu yang kena, ayam berak kat atas kepala dia, tentu kau pun marah jugak!”

Semakin lama suara makcik Zaharah semakin nyaring. Abang Firdaus memegang kedua-dua bahu ibunya sementara mulutnya pula tidak sudah-sudah menyuruh ibunya bersabar..

“Heee.. Orang tua ni memang nak kena dengan aku agaknya ni!”

Adoi! Nampaknya kemarahan mak makin menjadi-jadi sehingga menyebabkan tubuhnya semakin hampir rapat ke pagar. Ish, tak boleh jadi ni. Silap haribulan tak pasal-pasal pula mak panjat pagar ni untuk ke seberang sana..

“Mak, sudahlah mak. Eeee, malu kat oranglah mak niii..”

Aku cepat-cepat menarik tangan mak supaya dia menjauhkan dirinya dari pagar. Kalau aku tidak menghalang, jangankan kata ayam, entah-entah sebuah rumah pun boleh terbang!

“Mak, jom kita masuk.. Istighfar banyak-banyak..”

Abang Firdaus juga nampaknya sedang menenangkan ibunya sambil menarik tangan makcik Zaharah masuk ke dalam rumah..

Mereka berdua berlalu sementara aku dan mak pula masih lagi berada di luar. Aku menggelengkan kepala berkali-kali sementara mak pula mendengus dengan agak kasar..

“Mak ni kan, tak sudah-sudah cari pasal dengan makcik Zaharah tu. Tak eloklah macam ni mak. Mak tak kesian ke kat mereka berdua tu? Abang Firdaus tu anak yatim tau mak. Makcik Zaharah tu ibu tunggal. Mak tolak ansur lah sikit..”

Aku cuba menasihati mak dan mahu menyedarkan mak supaya dia masih ingat yang abang Firdaus merupakan anak yatim kerana kehilangan ayahnya sejak dia masih remaja. Makcik Zaharah pula merupakan seorang ibu tunggal yang terpaksa mencari nafkah seorang diri dengan membuka gerai makan bagi meneruskan kelangsungan hidup..

“Mak ni bukannya apa Ina, mak cuma geram aje. Kalau di ikutkan, mak bukannya marah sangat pada makcik Zaharah kau tu tapi…..”

Mak tidak meneruskan kata-kata. Bicaranya tiba-tiba saja terhenti apabila aku mengingatkan dia tentang kedudukan abang Firdaus dan makcik Zaharah..

“Mak, biasalah tu.. Marah tu kan datangnya dari syaitan. Masa ayam makcik Zaharah masuk dalam rumah tadi, sepatutnya mak beristighfar banyak-banyak tau. Mak tak sepatutnya biarkan syaitan tu menggoda mak dengan sifat amarah macam tadi tu..”

Eh?? Dah sebiji rupanya macam abang Firdaus cara aku bercakap..

“Wah, dah pandai sekarang. Siapa ajar?”

Mak tiba-tiba tersenyum memandang aku yang sedang menggigit jari seperti tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulutku sebentar tadi..

“Abang Firdaus yang ajar..”

Laju aku menjawab sambil tersengih..

“Erm, yalah. Mak nak masak dulu..”

Mak berjalan menuju ke dalam rumah sementara aku masih lagi berdiri di luar sambil mengintai dan memanjangkan leher untuk menjenguk ke dalam rumah abang Firdaus. Agak-agak makcik Zaharah masih marah lagi tak?

Kasihan abang Firdaus. Tak pasal-pasal pakaian bersihnya untuk pergi ke surau menjadi mangsa ‘sisa toksik’ ayam sebentar tadi. Apabila di ingat tentang kejadian tadi, aku juga mahu tergelak sebenarnya. Hihihi..

13 comments

  1. kpah k-poh says:

    tahniah utk mimi… usaha menulis semula TIUA nampaknya tak sia-sia…
    kpah k-poh recently posted..BAGUSLAH… NAK SURUH TUNJUK IP KONON… NAK… AMBIK NIH..!!!My Profile

  2. puanbee says:

    Bee vote tanda suka ..hehe..
    puanbee recently posted..Gambar Artis Kawin : Azza Elite & Azlan ZulailyMy Profile

  3. puanbee says:

    Good luck , fokos satu2 kak , harap dapat hasilakn TIUA lebih berkualiti
    puanbee recently posted..Gambar Artis Kawin : Azza Elite & Azlan ZulailyMy Profile

  4. mama tunz says:

    semoga dipermudahkan segala urusanmu
    mama tunz recently posted..selesai tugasan..My Profile

  5. aziey says:

    tergolek atas katil baca novel kak mie…tetiba plop minat baca novel malay lps Ombak Rindu

  6. intan abd wahab says:

    assalam…buat prtma kali brtndang disini dan buat prtma kali trjmpa envel TIUA…knp dh xda kt blog ni?

  7. wahh , akak punyer cerita memang terbaik . RESPECT ! [thumbup]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site