Misteri kehilangan adik Nurul Nadirah atau lebih mesra di panggil ‘Dirang’ akhirnya terjawab apabila polis menemui mayatnya dalam keadaan rentung di Nusa Damai dekat Seri Alam pada 8 mac tempohari..
hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac..
sumber : mstaronline.com


