Posts Tagged ‘gambar dirang’
KES BUNUH NURUL NADIRAH ANGKARA DENDAM
Kes bunuh Nurul Nadirah angkara dendam, begitulah kenyataan yang di keluarkan oleh pihak jabatan siasatan jenayah Bukit Aman ekoran daripada penemuan mayat Nurul Nadirah dalam keadaan rentung..
Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.
Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.
“Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.
“Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
sumber : mymetro.com.my


Akan diterbitkan pada julai 2013 :)

