‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT!’ – BAB 4

 

 

 

Bagaimana cara harus aku membalas semua kebaikan yang telah di tunjukkan oleh Cikgu Safarin. Daripada buku-buku rujukan spm yang di belikannya untuk aku, sebuah novel dan juga beg sekolah baru. Ingatanku kembali pada kejadian siang tadi..

“Anis janganlah menangis. Beg sekolah Anis tu mungkin ada orang lain yang ambil..”

“Siapa yang nak ambil beg sekolah buruk saya tu? Sob..sob..sob..”

“Mungkin ada yang tertukar beg dengan Anis agaknya. Faham-faham sajalah dekat PSI tu ramai pelajar sekolah yang datang ke situ. Masing-masing mungkin ada yang bawa beg sekolah. Pasti ada yang tertukar..”

“Beg sekolah dah hilang. Macam mana saya nak pergi sekolah esok? Isk..isk..isk..sob..sob..sob..”

“Anis tak ada beg sekolah lain ke?”

Aku hanya menggelengkan kepala sambil tangan sibuk mengesat air mata dengan tisu..

“Macam ni lah, apakata kalau saya belikan beg sekolah yang baru untuk Anis. Nak tak?”

Lagi sekali aku menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju. Aku sudah tidak mahu menghabiskan duit Cikgu Safarin lagi. Hari ini sahaja sudah hampir dua ratus dia membelanjakan duitnya untuk aku..

“Kalau tak mahu, macam mana Anis nak pergi sekolah esok? Nak masukkan buku teks dalam guni ke apa?”

Aku tersentak dengan kata-kata dari Cikgu Safarin. Dalam hati ada terpalit perasaan sebal dan geram. Pantas aku menggumpal tisu dan membaling tisu ke arahnya! Dalam keadaan aku sedih begini pun sempat lagi dia bergurau seperti itu..

Cikgu Safarin sedikit mengelak dan tergelak kecil. Tisu yang aku baling di ambil dan di bukanya gumpalan itu. Dia tersenyum..

“Air mata seorang gadis kerana kehilangan beg sekolah sedang melekat pada tisu ini. Boleh saya bawa balik tak?”

“Saya tengah sedih macam ni pun cikgu masih sempat lagi berfalsafah macam tu.. Sob..sob..sob..”

“Saya cuba menghilangkan rasa sedih yang Anis alami sekarang. Saya nak beli beg sekolah baru untuk Anis tapi Anis tak mahu. Habis tu, bila masalah ni nak selesai?”

Aku terdiam. Dengan serta merta aku berhenti menangis. Tapi esakan tangisan masih lagi bersisa. Perasaan geram, sedih dan marah silih berganti..

Aku mula menjeling ke arah Cikgu Safarin yang sedang tersenyum sambil matanya di berikan sepenuh perhatian pada sehelai tisu yang sudah berkedut..

“Saya suka bila tengok muka anis tengah marah macam ni tapi saya tak suka tengok Anis menangis. Mengeluarkan air mata hanya kerana beg sekolah hilang. Kalaulah air mata itu di keluarkan untuk sesuatu yang lebih bermakna, tentu ianya berbaloi..”

“Cikgu fikir beg sekolah saya tu tidak memberi makna apa-apa ke pada saya? Cikgu tahu tak, dengan beg sekolah saya yang hilang itulah saya dapat datang ke sekolah. Dah bertahun-tahun saya gunakan beg tu. Senang-senang je kan cikgu cakap macam tu?”

Tiba-tiba aku hot!

“Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan perasaan Anis tapi bagi saya kehilangan beg sekolah Anis itu boleh di ganti dengan beg yang baru. Izinkan saya membantu..”

Aku memandang tepat ke wajah Cikgu yang menjadi kesayangan ramai di sekolah. Kali ini pandanganku lebih lama. Kenapa dia terlalu baik sangat dengan aku. Apa tujuannya? Jangan sampai dia menaruh hati pada budak sekolah seperti aku ini sudahlah..

“Dah.. Anis jangan fikir banyak lagi. Sekarang juga saya bawa Anis ke Giant. Nanti Anis boleh pilih sendiri beg sekolah yang macam mana Anis mahu.. Ok? Tolong jangan menangis lagi depan saya. Saya tidak sanggup melihat air mata Anis berterusan menitis hanya kerana sesuatu hal yang kecil begini. Tolong sapu sisa air mata yang masih saya nampak di pipi Anis tu. Atau, Anis nak saya yang sapukan?”

Cikgu Safarin melemparkan senyuman nakal. Aku berpaling ke arah tingkap cermin dan tersenyum. Cuba melindungi senyuman ini supaya Cikgu Safarin tidak perasan..

“Kenapa Anis berpaling ke arah sana? Tak sudi pandang muka saya lagi ke? Saya tahu la saya ni tak handsome, tak kacak, tak lawa. Sampaikan pelajar kesayangan saya sendiri pun dah tak sudi nak pandang..”

Gulp! Sengal je Cikgu Safarin ni. Ada pulak sampai ke situ perginya??

“Siapa kata cikgu tak handsome? Tak kacak? Tak lawa? Kalau tidak, masakan cikgu jadi perhatian ramai dekat sekolah kita tu?”

Aku memandang ke depan tanpa secalit pandangan pun aku berikan pada Cikgu Safarin. Boleh di katakan agak mengada-ngada juga dia ni..

“Kalau mereka yang lain memberikan perhatian pada saya, itu langsung tidak memberikan apa-apa erti pada saya. Lainlah kalau Anis..”

Cikgu Safarin mencuri pandang ke arahku yang masih berpura-pura melemparkan pandangan ke depan sedangkan dalam hati sudah berkecamuk dengan seribu persoalan. Kenapa Cikgu Safarin menunjukkan sikap yang pelik begini..

Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya berbaur angau. Dia hendak mengorat akukah?

 

Kau masih di sekolah

Dan aku masih mentah

Kita lafazkan kata cinta

Yang tertulis dalam kamus asmara

 

Kau dan aku terpisah

Dewasa dibawa arah

Kita lupa ada sejarah

Yang tersimpan dalam kamus asmara

 

Terkadang kau menjelma

Mimpi indah sewaktu bersama

Itu cinta pertama

Tak mungkin kulupa

 

Pernah aku mencuba

Mencari mu entah di mana

Dan kini yang kutemui

Arca yang berbeda

 

Sayang selasih tuan

Tumbuh di hujung taman

Mekar bersendirian

Sayang kasihku intan

Harum sepanjang zaman

Biar kau milik orang

 

Kiranya engkau terdengar

Kesan cinta pertama

Walau di mana kau berada

Doaku semoga kau bahagia

Selamanya

 

Entah lagu zaman bila Cikgu Safarin ni dengar. Lagu zaman pak kaduk agaknya ni. Ish, dengarlah lagu Aishiteru ke, cinta muka buku ke.. Hikhik!

—————————————————————————- 


Petang ini Cikgu Syima akan membuat pemilihan untuk pemain-pemain bola jaring. Aku juga tidak mahu melepaskan peluang ini bagi mengikuti latihan pemilihan tersebut walaupun aku sudah pun terpilih untuk memasuki team badminton bagi mewakili sekolah. Dari tingkatan satu sampai ke tingkatan empat, aku memang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk menceburkan diri dalam acara sukan di sekolah kerana ianya sudah menjadi minat aku sejak dari sekoah rendah lagi. Sekarang aku sudah berada di tingkatan lima tapi masih lagi mahu mencari peluang untuk melibatkan diri dalam sukan tahunan di sekolah..

Cikgu Syima mengarahkan aku dan Diana pergi ke stor peralatan sukan untuk mengambil beberapa lagi biji bola..

Aku dan Diana berjalan seiringan sambil bergurau senda. Pada kebiasannya kami berdua akan berjalan sambil berpimpin tangan. Usikan demi usikan dari Diana mengenai Cikgu Safarin yang cuba hendak mengorat aku menjadi tajuk perbualan hangat tapi aku tidak mahu mengulasnya dengan lebih panjang. Bagi aku, biarlah Diana sendiri yang beranggapan seperti itu. Aku tidak mahu jadi minah yang perasan! Hehehe..

Aku dan Diana berjalan di sepanjang koridor. Tiba-tiba kami terasa jejak langkah kami di ekori oleh seseorang. Sambil berjalan, aku membuat isyarat mata pada Diana mengenai seseorang yang sedang berada di belakang kami..

Aku dan Diana memberhentikan langkah kaki dan perlahan-lahan kami berpaling ke belakang. Tapi tiada satu kelibat manusia pun yang ada. Dalam hati mula terdetik perasaan takut kerana mengingatkan sekolah kami ini adalah sekolah berhantu apabila mendengar cerita daripada beberapa orang pelajar lain dan juga cerita dari pak guard..

“Anis.. Tak ada orang pun?”

“”A’ah laa.. Tak ada sesiapa kan?”

“Jomlah. Nanti kita lambat pula sampai dekat bilik stor..”

Aku dan Diana kembali menyambung perjalanan tapi di sepanjang perjalanan yang kami atur, memang terasa benar seperti kami di ekori. Sekali lagi aku membuat isyarat mata pada Diana dan mula berbisik..

“Psssttt.. Nanti bila kita sampai dekat selekoh bangunan ni, kita sembunyi tau. Kemudian bila orang tu dah dekat, kau hulurkan kaki, lepas tu bila dia jatuh, aku tumbuk muka orang tu ek. Ok?”

“Ok, beres!”

Aku dan Diana mula buat rancangan nakal. Hihihi..

Lagi sekali kami menyambung perjalanan dan berlagak slumber kononnya tidak tahu apa-apa padahal dalam hati sudah tersemat dengan satu perancangan yang cukup rapi. Cewah!

Apabila tiba di penghujung koridor, aku dan Diana cepat-cepat bersembunyi di tepi bangunan..

Semakin lama, semakin jelas kedengaran bunyi derap kaki seseorang yang menghampiri tempat aku dan Diana sedang bersembunyi sekarang..

Aku dan Diana bersedia untuk memainkan peranan masing-masing. Diana akan menahan kakinya, aku pula akan melepaskan tumbukan pada muka orang yang mengekori kami..

Bunyi derap kaki semakin hampir dan jelas. Seraya itu juga Diana menghulurkan kakinya dan sepantas kilat aku mendepakan tangan ke depan sambil melepaskan tumbukan padu!

Dush!!

“Aduuuhhh!!”

Alamak! Cikgu Safarin?? Mampos aku!

“Cikgu Pareng??”

Diana menjerit sambil menutup mulut dengan kedua-dua tangan..

“Aduuuhhh…..”

“Cikguuu.. Soriii..”

Aku duduk di sebelah Cikgu Safarin yang sedang jatuh terlentang ke belakang. Dia memegang mata kirinya dengan kedua-dua tangan. Aku cuba mengalih tangannya untuk melihat kecederaan yang di alaminya kesan daripada tumbukan yang aku lepaskan sebentar tadi..

“Cikgu, kami minta maaf ye! Ingatkan orang jahat. Tak sangka pula Cikgu sebenarnya yang mengekori kami dari tadi..”

Aku dan Diana membantu Cikgu Safarin berdiri semula dengan menarik kedua-dua tangannya. Mak ai.. Berat sungguh!

“Aduuhh.. Mana ada orang jahat dalam kawasan sekolah macam ni?? Kuat betul Anis pukul mata saya..! Siapa yang ajar tumbuk macam tu?? Aduuhh..”

“Errr.. Cikgu Izudin yang ajar..”

Aku menjawab dalam keadaan takut-takut..

“Cikgu Izudin?? Cikgu Izudin mana pulak?? Tak pernah dengar pun nama cikgu tu kat sekolah ni?? Auuuuhh.. Ssss…..”

Cikgu Safarin masih lagi memegang matanya yang sudah lebam barangkali..

“Cikgu Izudin tu guru silat yang mengajar silat dekat sekolah ni. Tiap-tiap petang selasa dan khamis, dia datanglah mengajar silat kat sini. Saya dengan Anis salah seorang dari murid silatnya..”

Diana memberikan penjelasan pada Cikgu Safarin yang masih lagi mengaduh kesakitan. Kuat sangat ke aku melepaskan tumbukan tadi tu? Aku menilik buku lima tangan kananku. Ada sedikit rasa sengal. Keras juga tulang mata Cikgu Safarin ni. Baru sekarang aku terasa sakitnya..

“Tangan Anis tak apa-apa?”

Aik? Tiba-tiba pula Cikgu Safarin risaukan pasal tangan aku. Sepatutnya dia lebih risaukan lebam yang terdapat di bawah matanya tu..

“Tangan saya tak apa-apa. Ok aje. Cikgu, saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja..”

“Tak apa. Saya pun salah. Sebenarnya saya nak jumpa Anis tapi saya tak panggil nama Anis. Saya cuma ikut saja ke mana Anis dan Diana nak pergi..”

“Lain kali kalau cikgu nak jumpa dengan Anis, cikgu beritahu aje pada saya. Saya boleh aturkan pertemuan cikgu dengan kawan baik saya ni. Hehehe..”

Diana seakan-akan mengusik. Aku senyum dan tertunduk..

“Ish awak ni Diana. Bukan main lagi ye nak mengajar saya. Tahu la macam mana caranya saya nak jumpa dengan kawan baik awak ni..”

Eleh, kononnya Cikgu Safarin ni tahu macam mana cara nak jumpa dengan aku. Tahu apa kalau awal-awal lagi dah kena makan penumbuk?

Cikgu Safarin tersenyum dan mencuri-curi pandang ke arahku. Tapi aku sengaja mengalihkan pandangan ke arah lain dan tersenyum. Pandangan mata Cikgu Safarin membuatkan jantungku berdegup lain macam..

“Haaa.. Cikgu nak mengorat Anis yeee..”

Diana menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke arah Cikgu Safarin..

“Diana.. Err.. Boleh awak tinggalkan saya dengan Anis sekejap?”

Erk!

“Okey..”

Diana memberikan persetujuan tanpa aku merelakannya. Cepat-cepat aku mencubit lengan Diana dan membulatkan mata ke arahnya. Tapi hanya sia-sia saja. Diana tidak mempedulikan isyarat mata yang aku buat. Dia hanya tersenyum dan beredar begitu saja..

Sekarang hanya tinggal aku dan Cikgu Safarin. Dia senyum, aku pun senyum. Pelik! Perasaanku kini sudah jadi lain macam..

“Ada apa cikgu nak jumpa saya? Ada hal penting ke?”

“Erm. Ada perkara penting yang saya nak cakapkan pada Anis. Boleh kita ke sana sekejap?”

Cikgu Safarin menunjukkan arah sebuah bangku di dalam taman bacaan yang di sediakan pihak sekolah dan kami mengorak langkah seiringan menuju ke tempat yang di maksudkan..

Dalam hati timbul pelbagai soalan. Entah apa perkara yang hendak di cakapkan Cikgu Safarin pada aku agaknya. Mungkin hendak berbincang soal mata pelajaran Bahasa Melayu barangkali. Betul ke? Skema je bunyinya..

—————————————————————————–

 

 

“Anis suka dengan saya tak?”

“Ha?”

“Saya tanya.. Anis suka dengan saya ke tidak?”

“Tentulah saya suka. Cikgu kan sudah banyak kali menolong saya. Cikgu pinjamkan saya raket, cikgu belikan saya buku-buku rujukan, cikgu belikan saya novel, cikgu belikan saya beg sekolah baru..”

Aku menghadiahkan senyuman pada Cikgu Safarin sambil sepasang mataku memandang tepat pada lebam yang terdapat di sekitar matanya. Alahai, kasihan cikgu ni..

Cikgu Safarin menggaru kepala. Apa salah ke aku jawab?

“Bukan itu maksud saya..”

“Maksud cikgu apa? Straight to the point lah cikgu. Saya dah lambat ni. Lepas ni saya ada latihan bola jaring. Cikgu Syima dan yang lain-lain tentu sudah lama menunggu di padang..”

Aku mula berdiri dan berjalan beberapa langkah..

“Anis.. Tunggulah dulu. Saya belum habis cakap lagi..”

Cikgu Safarin juga turut sama berdiri dan berjalan beberapa meter menghampiri aku. Suasana di persekitaran amat jelas sekali kelihatan ramai pelajar yang sedang memerhati ke arah kami berdua..

Ada juga segelintir pelajar yang mula berbisik sesama mereka dan menunjukkan tangan ke arah aku dan Cikgu Safarin yang masih berada di dalam taman bacaan ini. Aku jadi tidak selesa dan tidak mahu pelajar-pelajar lain memandang serong pada kami berdua..

“Kalau cikgu nak cakap apa-apa yang penting, cikgu cakaplah sekarang. Janganlah terlalu banyak sangat maksud yang tersirat di sebalik kata-kata cikgu tu. Saya ni dah mula rasa tak selesa bila pelajar lain memandang ke arah kita. Cikgu tak rasa macam tu ke?”

“Ok, baiklah. Saya akan berterus-terang dengan Anis sekarang..”

Aku mengangguk dan mula bersedia untuk mendengar apakah perkara yang di maksudkan oleh Cikgu Safarin sebentar tadi..

“Anis..”

“Erm..”

“Sebenarnya saya…..”

Ish, hendak bersuara pun tersekat-sekat. Sebiji macam cd rosak..

“Cakaplah cikgu. Kalau cikgu tak nak cakap sekarang, cikgu cakap lain kali ajelah..”

Aku menarik muka empat belas!

“Ehem.. Ok-ok. Saya sebenarnya sudah terpaut……..”

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

Aku dan Cikgu Safarin menjawab salam serentak. Guru besar Puan Sharifah tiba-tiba muncul dan memberi salam..

“Safarin, esok awal-awal pagi ada mesyuarat tau. Awak dah tahu ke belum?”

“Belum lagi puan. Pukul berapa?”

“Lepas perhimpunan..”

Puan Sharifah berlalu dan berjalan menghampiri tempat parking kereta. Aku juga turut sama meminta diri untuk pergi ke padang bagi mengikuti latihan bola jaring..

Sambil berjalan, aku sempat melemparkan pandangan pada Cikgu Safarin yang masih lagi tidak berganjak dari taman bacaan itu. Dia tersenyum sambil berpeluk tubuh dan menujukkan isyarat di sekitar matanya yang lebam! Kikiki..


17 comments

  1. Diana Azis says:

    Hahaha..tu la, sape suh ikot anak dara org senyap2..kan dah kena penumbuk sekali..huhu, kesian.. Adeh, nampaknya masa belum tiba lagi..cikgu safarin ni macam2 la.. :)

  2. kpah k-poh says:

    guru besar pulak dah kacau….tak sempat lagi nak cakap…alahai….Cikgu safarin oiii…budak tu nak SPM…sabar2 aje lah…ya…

  3. diana says:

    aih..suspen la..
    awat halangan banyak sangt nih..

    erm…
    tak sabor ni nak
    baca yang seterusnya..
    terus terang saya dah anagu2 dengan novel kak mimi..
    diana recently posted..APA YANG KITA BACA BOLEH MEMPENGARUHI PENULISAN KITAMy Profile

  4. puan kutu says:

    cpt sgt cikgu nak luah perasaan.sabo2 dulu..bg lepas anis tu spmdulu..dah tiga kali iklan nie.huhu..

    cikgu izudin kembar cikgu safarin tu buat2 tak kenal pulak..silat cikgu kang!hoho…
    puan kutu recently posted..CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 4)My Profile

  5. ayie says:

    hehehehe…. tengah menghayati novel ini dari bab satu.. best2…

  6. zureen says:

    wahh! dah ada cikgu izudin laa.. macam ada kesinambungan lak.. ntah2 puan dilla tu anak sedare guru besar tak? haha! ;p

  7. nor asnizawati says:

    ade jgk name cikgu izudin…pdn muke cikgu pareng tu..xpsl2 kne penumbuk free..hahhaha,,tp cikgu pareng tu hensem la k mimi..hihhii..renungan ye menggoda tol…hahhahhah

  8. ammboi says:

    heh heh..
    membantu ke berlagak si pareng nih…
    siap beli beg giant lg tu.. hahahaha
    ammboi recently posted..DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUNMy Profile

  9. “Air mata seorang gadis kerana kehilangan beg sekolah sedang melekat pada tisu ini. Boleh saya bawa balik tak?” <- tergelak pun ada.
    Cikgu Safarin melemparkan senyuman nakal. Aku berpaling ke arah tingkap cermin dan tersenyum. Cuba melindungi senyuman ini supaya Cikgu Safarin tidak perasan.. <- tersenyum ja.
    msih x jumpa button like dri bab 3.. hihi ( Good story ).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site