REVIEW NOVEL BIAR CINTA BERTABURAN

REVIEW NOVEL BIAR CINTA BERTABURAN 


SINOPSIS BIAR CINTA BERTABURAN : - 

Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.
Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?
Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan.
          Assalamualaikum, saya dah habis baca novel BIAR CINTA BERTABURAN hasil karya kak YUSNIDA TAJUDIN. secara personal, saya memang dah jumpa dengan kak yus ni kat pejabat KAKI NOVEL masa saya sedang menurunkan tandatangan untuk 300 novel SAYANG CIKGU KETAT-KETAT kepada pembeli terawal yang ingin mendapatkan tandatangan tersebut. Kak Yus ni peramah betul orangnya, banyak cakap, tak macam saya ni kan pendiam je. betul tak kak yus? ekekeke..
          BIAR CINTA BERTABURAN kisah mengenai ayesha sorfina yg seringkali menjadi usikan kepada bosnya encik emeer zafran. setiap kali di usik, tiap kali tu la ayesha rasa berdebar dan dalam diam sebenarnya dia ada menaruh hati pada emeer walaupun dia tahu pada masa tu emeer ni dah jadi tunangan orang tapi ayesha tak sedar bahawa emeer pun suka pada dia atau lebih tepat lagi ada perasaan cinta la. hehehe. kemudian, pada satu tahap ayesha dah tak boleh nak kawal perasaan dia pada emeer lantas dia ambil keputusan untuk melarikan diri sebab dia sedar cinta dia pada emeer pasti tak akan kesampaian.
          lepas ayesha hilang, emeer cari dia sampai dapat dan akhirnya terjumpa jugak di satu tempat sehingga terjadi satu keterlanjuran di antara kedua-duanya. tapi emeer ni jenis lelaki yg sangat bertanggungjawab sebab dia tak biarkan ayesha menanggung rasa kesal akibat dari keterlanjuran tersebut seorang diri. masa tu jugak ayesha mengandung tapi emeer jaga dia macam jaga seorang baby tau..ohhh..saya pun dah jatuh cinta dengan emeer..kahkah..
          kemudian. ayesha mengalami keguguran..erm, sedih jugak la part ni walaupun bayi tu adalah bayi luar nikah. lepas tu bermulalah babak-babak paling sweet dalam novel ni. babak emeer yg sentiasa ambil berat tentang ayesha. dalam pada tu jugak rashdan muncul. rashdan ni memang dah lama suka kat ayesha tapi dia tak boleh terima kenyataan yg ayesha akan berkahwin dengan emeer..lepas tu rashdan mengamuk dan terjadi satu peristiwa di mana emeer di tikam. adoi..memang gila rashdan ni..psiko!
          tapi kalau dah jodoh tak kemana dan akhirnya ayesha dan emeer di satukan kat hospital. kesian beb, macam nikah koboi gitu. tu semua ayesha yg buat keputusan nak cepat kahwin dengan emeer sebab dia nak jaga emeer ketika emeer masih menerima rawatan kat hospital.
          lepas dah kahwin hidup bahagia la kan hingga satu tahap emeer di SIHIR oleh noureen. noureen ni memang dah lama suka kat emeer. bila emeer kena sihir, dia dah mula bersikap dingin dengan ayesha. dia buat tak peduli je dengan isteri dia tu. masa ni saya memang sentap dan nangis sikit. yelah, dah syok2 diri sendiri jadi ayesha dan sentiasa di layan mesra oleh emeer, tiba-tiba pulak emeer jadi camtu, sape tak sentap?? uwaaaaaaa..geram gile tahu tak?? tak reti nak gambarkan perasaan tu macam mana..dah tu pulak masa ayesha tengah mengandung. lagi la sadis..
          tapi last2 emeer sedar jugak daripada sihir tu sebab ayesha berusaha ubatkan emeer dengan seorang ustaz di kampung. last, heppy ending la..berapa bintang?? IKHLAS SAYA BAGI BERBINTANG-BINTANG!! :D

2 comments

  1. Wallah.. cepatnya Fina dah siapkan review. Terima kasih laling untuk Review yg cantik ni.. hamboi, sentap eh.. kak yus dah cuba tak mo kasi sentap2 sgt.. nak biar sweet muit je bila baca.. biar tension2 segala seme hilang.. hik3. InsyaAllah, reveiw utk SCKK akan menyusul .. TQ dear for this lovely review [♥]

    _________________________
    I added cool smileys to this message… if you don’t see them go to: http://s.exps.me
    Yusnida Tajudin recently posted..REVIEW BIAR CINTA BERTABURAN & VIDEO CLIPMy Profile

    • Mrs.Yie says:

      cepat ke kak? saya rasa sayalah pembaca paling lambat sekali buat review untuk bcb..hehe..wah, tak sabar nak baca kak yus buat review untuk sckk pulak..hihi berdebor ni..hihi :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site