Petua kulit muka halus, gebu dan licin..hehehe..tajuk memang tak boleh blah..tapi itulah yang sering di cari-cari oleh remaja perempuan dan juga wanita dewasa yang seusia dengan saya mesti sentiasa mahu kelihatan cantik walaupun semakin di mamah usia. Petua untuk menjadikan kulit muka halus, gebu dan licin ini saya kongsikan daripada blog intimwordpress.com di mana dalam blog itu ada banyak tips-tips atau petua-petua yang boleh kita amalkan. Antara yang menjadi minat saya adalah tips kulit muka halus, gebu dan licin di bawah ini..
- Asah jambu batu dan kemenyan dalam piring pasu dengan sedikit air. Air asahan perlu pekat supaya mudah melekat apabila disapu ke muka. Selepas disapu, biarkan selama 30 minit, kemudian cuci dengan air bersih.
Amalkan setiap hari. Selain melicin dan melembutkan kulit wajah, ia juga dapat menghilangkan parut jerawat.
- Cairkan satu sudu besar susu manis bersama sedikit air panas. Dengan menggunakan kapas, ratakan bancuhan itu ke seluruh muka. Biar kering sebelum dibilas.
Selain menjadikan kulit bersih dan halus, ia juga dapat mengelakkan kulit daripada ditumbuhi tompok-tompok hitam.
- Ambil segenggam daun pegaga. Tumbuk sehingga hancur dan campur sedikit air. Selepas itu campurkan bedak sejuk. Kacau sehingga sebati dan sapu pada muka setiap malam sebelum tidur.
- Ambil tiga sudu madu lebah asli. Campur dengan perahan air limau nipis dan kuning telur. Kacau bahan itu sehingga sebati dan sapukan ke muka. Biar kira-kira 20 minit atau sehingga kering sebelum dicuci dengan air bersih.
- Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosok ke pipi dan dahi. Selepas habis digunakan, potong bahagian itu dan gunakan lapisan baru. Lakukan beberapa kali.
- Ambil segenggam pulut hitam. Goreng tanpa minyak sehingga garing. Tumbuk hingga halus dan ayak supaya mendapat serbuk halus. Bancuh serbuk halus itu bersama air. Kemudian tumbuk 10 helai daun jambu batu dan campur dengan bancuhan serbuk pulut hitam tadi.
Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi ke seluruh badan dan muka. Biarkan 10 minit. Gosok dan terus mandi. Kulit akan terasa halus dan licin. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil memuaskan.
- Didih susu cair dan biarkan suam. Sapukan ke muka dan biarkan selama 10 minit atau sehingga kering. Selepas itu basuh muka dengan air suam.
- Ambil sehelai daun sirih yang sudah dibersihkan. Gosokkan daun sirih itu antara kedua-dua tapak tangan. Ia akan mengeluarkan air dan sapukan ke muka dan buat begitu beberapa minit. Kemudian basuh. Kesannya amat baik.
- Ambil cekur sebesar ibu jari. Giling sehingga lumat dan campur dengan bedak sejuk. Selepas itu sapukan ke muka dan biar selama 15 minit.
Apabila kering, gosok dengan kain putih lembap supaya kotoran di muka tanggal. Kemudian, bilas dengan air suam. Jika rajin mengamalkan petua ini, kulit muka menjadi licin dan tidak berminyak.
- Ambil kulit telur yang sudah dibersihkan. Kisar atau tumbuk sehingga halus seperti debu. Bancuh dengan bedak sejuk dan air suam. Sapukan ke muka yang dibersihkan. Sambil menyapu bedak tadi, urut kulit muka perlahan-lahan dengan lembut.
Jadi kepada anda yang mempunyai masalah kulit wajah kasar, bolehlah mencuba petua di atas. Manalah tahu kalau satu hari nanti wajah anda akan kelihatan berseri-seri walaupun usia anda sudah pun menjangkau 50 tahun. Pasti ramai di kalangan rakan-rakan dan saudara mara anda yang terkejut dengan kulit muka halus, gebu dan licin yang anda hasilkan.. Selamat mencuba!


semuanya macam susah je nak amalkan..pakai safi rania gold sajalah.hehe.
puan kutu recently posted..Sokongan Korang Diperlukan!
akak pun pernah guna safi rania tu tapi kulit akak x sesuai la murni..huhu..dia jadi berminyak giler..bukan gile sikit..tapi giler2..hukuhuk
Mrs.Yie recently posted..PETUA KULIT MUKA HALUS, GEBU DAN LICIN
k.mimi button tu semua dekat entri kakyong..bukan entri sy yg k.mimi komen tu..kan ada linknya..huruf besar lagi..:)
puan kutu recently posted..Sokongan Korang Diperlukan!
tadi x perasanlah..kihkih..akak dah pegi dah kat blog kak yong dan like semua dah

Mrs.Yie recently posted..PETUA KULIT MUKA HALUS, GEBU DAN LICIN
sis, kulit telur tu ade ape ye?? dikisar halus…??

tips recently posted..Kaitlyn Maher bukan Anak Maher Zain
aku bl umur dah msk 30 nie semua produk dah tak blh pakai…dr safi rania,simplyst,hada labo,loreal,olay n skII bl pakai muka naik jerawat…pakai ubat jerawat kecut cb lg sampai dah penat alih2 aku tonyoh jer tomato kat muka aku nih…ha br la berkesan…lebh glow n jerawat tak tumbuh…poyo kan bl produk mhl2 tak sesuai skrg nie tonyoh tomato tiap2 ari setengah jam berkesan…modal hanya rm2 jer…mmg puas ati cb lar senang n berkesan….seminggu pun dah nampak kesan yg menakjubkan…cuba lar
Betul lh pakai tomato kulit licin..klau nk bgus lg mkn..mmg bksan..insyllh.
saya suka makan tomato tapi dalam tomyam je la..kalau nak makan yg belum di masak tu payah la sikit..hehe..
bagus pakai cream regenesi sel kulit, selain menghilagkan jerawat, bagus juga untuk mengembalikan keremajaan kulit
Cantika recently posted..Nayla Regenerating Cream