KALAU NAK BUAT ENTRI SEO PUN AGAK-AGAKLAH CIK KAK OI!
Saya cukup kesal dengan tindakan seorang blogger perempuan ini yang langsung tidak tahu malu. Saya tak tahulah dia tu sebenarnya suka-suka nak buat entri macam tu atau memang betul-betul dia mahu bermain dengan SEO..
Korang tentu tertanya-tanya blogger perempuan manakah yang saya maksudkan ini. Maaf, saya tidak mahu mengaibkan dia apatah lagi apabila saya pergi ke blog dia, imejnya agak bersopan santun..
Semuanya itu terjadi gara-gara gambar seorang artis wanita bollywood yang di katakan gambarnya tidak memakai seluar dalam semasa menari (shooting) tersebar luas di internet. Pada mulanya saya masuk ke blog seorang rakan saya ini dan terbaca mengenai artikel tersebut dan dia juga menyertakan sekali gambar artis wanita bollywood berkenaan tetapi dalam blog rakan saya ini tidak menunjukkan dengan jelas bagaimana kemaluan artis wanita bollywood itu kelihatan..
Tetapi apabila saya klik pada sumber yang di buat oleh rakan blogger saya itu, saya agak terkejut kerana ianya datang dari sumber seorang blogger perempuan yang bertudung dengan cukup sempurna tetapi memaparkan gambar artis wanita bollywood itu tanpa menyunting gambar itu terlebih dahulu dan menampakkan dengan jelas bagaimana kemaluan artis wanita bollywood itu kelihatan..
Oh cik kak, walaupun cik kak dah kata (maaf, akak terpaksa kecilkan imej gambar) tetapi bagi saya yang melihatnya sangat berdukacita sekali kerana bahagian kemaluan artis wanita bollywood itu masih jelas kelihatan. Anda seorang perempuan, saya juga seorang perempuan. Apakah rasa malu itu sudah tiada dalam diri anda?? jagalah sama maruah sekalipun hanya melalui penulisan dan gambar..
Orang lain pun buat entri SEO juga tapi masih lagi tahu menjaga tatasusila lebih-lebih lagi anda seorang wanita yang memakai tudung dengan cukup sempurna dan sudah berusia.. Astaghfirullahalazim..!
Sekian..
P/S : Esok jangan lupa dengar GOMO FM sebab esok suara saya yang garang akan ke udara dari jam 8 sampai 9 pagi..hahahaha


Akan diterbitkan pada julai 2013 :)


aiyorkk tak tahu..hehe..
kizMyself recently posted..Pelajar Ugut PM | Cakap Siang Pandang-Pandang,Cakap Malam Dengar-Dengar
haha.. tu yg gua naik heran fisrt time masuk kat blog tu.. kalo setakat nak keci kan gambo tu senang je nak besarkan blk.. entah lah kak..dunia di akhir zaman.. x kenal erti malu lg.. kalo dia x malu xpe lah. tapi hak pmpn2 yg laen camne?… tu yg dia kene fikir tu.. kak nak gua bg link entry ni ke dia ke?..hehehe…..
JR recently posted..KEPUTUSAN ARSENAL VS SWANSEA | KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 15 JAN 2012
x perlu..nanti bergaduh besar lak ngan akak..hahaha

Mrs.Yie recently posted..KALAU NAK BUAT ENTRI SEO PUN AGAK-AGAKLAH CIK KAK OI!
haha.. ok..
JR recently posted..PANAS!! PUNCA SEBENAR KENAPA HATTAN CERAIKAN FARAH ASYIKIN
akak x suka gaduh2 dalam blog ni..tah, macam orang bodoh je..maklumlah bergaduh ngan perkataan..kahkahkah

Mrs.Yie recently posted..DOWNLOAD PERCUMA BORANG RAYUAN BANTUAN RM500 | BORANG RAYUAN BR1M
kiz maen xtau je ye…haha
JR recently posted..KEPUTUSAN ARSENAL VS SWANSEA | KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 15 JAN 2012
aku ada baca tajuk tu kat bloglist sapa tah.. tapi tak klik baca pun JR.. kureng minat entri tut tut ni..haha,,biarlah aku main entri SEO yang membosankan mcm sukan dan info semasa..dari buat entry mcm tu..haha
kizMyself recently posted..Keputusan Liga Perdana Inggeris 15 Januari 2012 | EPL Result
hhhmm.. kiz memang budak baek..
..eh msh budak ke..hahaha
JR recently posted..PANAS!! PUNCA SEBENAR KENAPA HATTAN CERAIKAN FARAH ASYIKIN
Hadoi.. cam tu pun ada.. ntah apa2 ntah.. diana yg tak tgok, baca je entry ni pun dah malu.. hadoi..
Diana Azis recently posted..Rupa ke Hati??
eeeeeeeeee… sape tu? sape?
berhati-hati & think wisely b4 writing/typing…
tips recently posted..Belajar Asas Berenang Dengan Kakak Aaron Yang Hot!
nak tengok..!! hahahaaa (kuasa mak nak layan nyah.. heee)
kpah k-poh recently posted..HARI AHAD HARI ISTERI REHAT
maaakkk aiiii…. kena jaga juga aurat orang lain walaupun dalam gambar…. fiuhhhh…
mia liana recently posted..Mega Giveaway By Cik Bunny