GAMBAR PELAKON WANITA TELENOVELA BELLA CALAMIDADES DAN SINOPSIS
Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang dipenuhi dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang.
Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.
Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah dia dituduh sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya. Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.
Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial. Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidup yang akan membawa kebahagiaan kepadanya.
credit to : murai.com



Akan diterbitkan pada julai 2013 :)


Cantik plak pelakon dia sis..hehe
ellen recently posted..Wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM
ye..memang cantik..
Ni dah main kat TV ker sis..hehe..maklumlah ni , jarang jer buka TV…hehe
ellen recently posted..Kes Khalwat Ako Mustapha dengan wanita bukan Islam: Ako bebas dari hukuman penjara
dulu-dulu suka la layan telenovela nih, tapi sekarang dah kurang, maybe nanti-nanti kot.
eiela recently posted..Wordless Wednesday : Laporan Perubatan Pesakit
nk tngot nanti epsod akhir bwu best