AKHIRNYA SAYA PRINT KELUAR!
Assalamualaikum..
Hari ni saya sudah print keluar semua bab untuk sckk dari bab 1 sampai bab 25.. saya tak sanggup nak biarkan sckk lama-lama terperap dalam pendrive kerana saya takut ada sesetengah bab yang akan hilang begitu saja seperti apa yang berlaku pada tiua..
Semalam saya dan suami ke kedai untuk beli printer baru kerana printer yang sebelum ini sudah tidak bagus kerana dakwatnya meleleh keluar.. menyampah betul kat printer lama tu. akhirnya saya berjaya memujuk suami untuk membeli printer baru.. hehehe..
Dari malam tadi sampai ke petang ni saya berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan meneliti kembali setiap patah perkataan yang ada pada sckk sebelum saya print semua 25 bab itu.. manalah tahu kalau ada kesilapan ejaan.. akhirnya, ianya siap juga saya print sekali dengan e-cover! Hahaha.. Jom tengok gambar..
Saya agak terkejut sebab sckk setebal itu sedangkan ianya baru saja masuk ke bab 25.. dalam kepala saya, saya nak siapkan sckk ni sampai bab 50 tapi memandangkan ianya sudah nampak tebal begitu, saya rasa nak tamatkan pada bab 40 sajalah ye.. tungguuuuu.. hehehe




Akan diterbitkan pada julai 2013 :)


wah…tahniah….ini kalau kedai amik print kualiti novel bape ehh kene? tak try tanya ke? mana tau leh suh org tempah dalam nie….100 cetakan murah la kot….apa kata try tanya pembaca sapa nak oder? cadangan jer nih….huhu…tanda menghargai penulisan yg best nih…
abgteror recently posted..PENERBIT TV THAILAND NIKAHI MAYAT KEKASIH
uik at?? satu cadangan yg bagus tu! ehem..(otak ligat berfikir nih..) nak kena pergi tanya jugaklah agaknya..ni maknanya kita tulis sendiri dan kita terbit sendiri ke?hehehe..ada jugak kan orang buat macam ni..ramai penulis bebas buat macam ni tanpa terikat dengan pihak penerbitan pun..
mrs.yie recently posted..AKHIRNYA SAYA PRINT KELUAR!
sweetnya… sekurang-kurangnya ada simpanan dalam hardcopy…
sekarang ni pendrive mudah kena serang virus. susah nak dijejak semula fail2 yang hilang..
mia liana recently posted..First Giveaway By Butik fiQ’Ra
huhu..nasib baik jugak le saya tak patah semangat mia..kalau tak, tak tahulah..
Mrs.Yie recently posted..MUZIUM TERENGGANU MEMPAMERKAN AL-QURAN BERNILAI RM170 JUTA